ISBN: 9789674604417
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
Sajak-sajak dalam Kumpulan Puisi: Yang Terhempas dan Yang Putus ini meneroka kehidupan manusia tak bertanah air, tak bertanah pusaka, miskin melarat, dan terpinggir – entah atas mahu mereka sendiri, entah kerana aturan ciptaan manusia – menetapkan batas sempadan untuk menjadi rakyat, untuk mendapat nikmat anugerah tuhan.
Darihal yang demikian itu, kita yang lepas bebas ini dan serba makmur ini, harus membuka mata menilai keberadaan diri – wajarkah sekadar memicingkan mata atau harus turun tangan membantu mereka?
... hati secerah siang bolong itu
telah dibutakan
untuk tetap diam
dalam sangkar azali
sampai malam menyerkup.