ISBN: 9789674306731
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori:
Dalam PERUBAHAN, novelis terkemuka China, Mo Yan, menjadikan perubahan sosial dan politik dalam negaranya sepanjang beberapa dekad lalu sebagai sesuatu yang menyentuh peribadi dalam penyamaran sebuah novel sebagai autobiografi (atau begitu juga sebaliknya).
Berbeza daripada kebanyakan naratif bersejarah dari china yang berkait dengan peristiwa politik, perubahan mewakili “sejarah rakyat”, pandangan dari bawah-atas berbanding dengan atas-bawah bagi sesebuah negara dalam keadaan yang berubah-ubah.
Dengan berulang-alik melalui masa dan memfokuskan peristiwa kecil serta rakyat sehari-hari, penulis memberikan nafas baharu kepada sejarah dengan menerangkan kesan peristiwa yang lebih hebat daripada hakikat sebenar kepada rakyat jelata.
Mo Yan digambarkan sebagai “salah seorang daripada semua penulis China yang paling terkenal, karyanya sering diharamkan dan dicetak rompak secara meluas”. Novelnya termasuk Red Sorghum (1987), The Republic of Wine (1992), Big Breasts and Wide Hips (1996) dan Pow! (karya beliau yang seterusnya terbitan Seagull Books, 2012).
Beliau juga dianugerahkan Hadiah Nobel Kesusasteraan pada 2012.