Kejurubahasaan

Khidmat Kejurubahasaan

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa profesional, mahir dan terlatih untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. Tertakluk kepada keperluan dan permintaan pelanggan, ITBM bersedia menerima pelbagai tugasan, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang yang membabitkan khidmat interpretasi, seranta, berturut, mahkamah dan pengiring pelbagai bahasa bagi urusan perniagaan, persidangan, seminar dan diplomatik. 

Pembayaran

Kadar bayaran bagi khidmat kejurubahasaan adalah bergantung kepada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Tempoh projek.
  3. Jenis acara.
  4. Sebarang keperluan lain. 

Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit, cek, wang pos, draf bank, deposit tunai dan pesanan kerajaan (LO) bagi agensi dan badan kerajaan. Jika bayaran dibuat melalui cek, wang pos, draf bank, pembayaran hendaklah dibuat atas nama "Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad" melalui akaun Maybank Berhad 512204217381. 

Semua urusniaga bagi perkhidmatan ini adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). 

NOTA: Pelanggan perlu menghubungi ITBM sekurang-kurangnya empat hari bekerja sebelum acara berlangsung. Sila hubungi Bahagian Latihan & Kejurubahasaan:

Talian am  +603 4145 1850 / 1851/ 1852 / 1857 / 1800
Faks          +603 4143 2939
E-mel   sales@itbm.com.my / aznie@itbm.com.my