Terjemahan

Khidmat Terjemahan

Misi anda terhalang disebabkan masalah bahasa? Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) sedia membantu, menyampaikan mesej dikehendaki, dan seterusnya menjadikan komunikasi anda lebih mudah. Kami menyediakan khidmat terjemahan yang berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat.

Di ITBM, kami menyediakan khidmat terjemahan profesional dalam semua bahasa dan bidang dengan kualiti serta harga terbaik. Kelebihan berurusan di ITBM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf bagi memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.

Editor ITBM bertanggungjawab memelihara gaya bahasa serta nuansa yang sesuai, bertepatan mengikut bahan sumber serta sentiasa memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

Proses Penterjemahan Dokumen

- Dokumen yang ingin diterjemahkan boleh dihantar melalui e-mel kepada Bahagian Pemasaran & Jualan Khidmat (sales@itbm.com.my) atau pelanggan boleh datang sendiri ke kaunter Khidmat Pelanggan ITBM.

- Waktu berurusan Kaunter Khidmat Pelanggan ITBM:

  • Isnin - Khamis: Dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
  • Jumaat: Dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang (waktu rehat jam 12.30 tengah hari hingga 2.45 petang). 

- Keperluan bagi khidmat terjemahan sijil (sijil kelayakan akademik dan profesional, pasport, surat rasmi kerajaan, sijil lahir dan sebagainya): 

  1. Jika datang sendiri, pelanggan perlu membawa dokumen asal berserta salinan fotostat bahan yang jelas dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun atau Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau pihak yang diperakui pengesahannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 
  2. Jika urus niaga dibuat melalui e-mel, pelanggan perlu menghantar (mengimbas/scan) dokumen asal berserta salinan yang diperakui sah oleh pihak yang tersenarai dalam (1) di atas. 
  3. Keterangan/perakuan bertulis diperlukan sekiranya butiran pada bahan asal tidak jelas atau sila kemukakan dokumen rujukan seperti salinan kad pengenalan, pasport dan sebagainya mengikut keperluan terjemahan bahan. 

- Masa yang diambil untuk menterjemah sekeping sijil adalah minimum tiga (3) hari bekerja. Namun, tempoh ini bergantung pada bilangan halaman, bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen. 

- Bagi penterjemahan bahan selain sijil, masa yang diambil bergantung pada bilangan halaman, bidang (teknikal, undang-undang, sains, umum dan sebagainya), bahasa sumber, bahasa sasaran dan jenis dokumen.

Kadar Bayaran

ITBM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Jumlah perkataan.
  3. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal).
  4. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera.
  5. Sebarang keperluan lain.

Bahan yang hendak diterjemahkan boleh diserahkan melalui pos, faks atau e-mel.

Semua urusniaga bagi perkhidmatan ini adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Pembayaran 

  1. Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit, cek, wang pos, draf bank, dan deposit tunai. Jika bayaran dibuat melalui cek, wang pos, dan draf bank, pembayaran hendaklah dibuat atas nama "Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad". Terjemahan hanya akan dilakukan selepas pembayaran dibuat sepenuhnya.  
  2. Semua pembayaran boleh dibuat atas nama "Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad" di nombor akaun Maybank Berhad 512204217381. 
  3. Bagi urus niaga yang dibuat melalui e-mel, pelanggan hendaklah menghantar (imbas/scan) melalui e-mel bukti pembayaran.

Nota: Caj tambahan bagi khidmat terjemahan segera dikenakan dengan kenaikan kos tambahan antara 25 peratus - 50 peratus, berdasarkan permohonan, perbincangan dan persetujuan ITBM (perkhidmatan ini tidak termasuk hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran & Jualan Khidmat: 

Talian am  +603 4145 1851 / 1852 / 1853 / 1857 / 1860
Faks          +603 4143 2939
E-mel   sales@itbm.com.my / aznie@itbm.com.my