PENERBITAN

PENERBITAN

Dalam misi ITBM untuk mencerdikkan akal budi bangsa melalui jumlah penerbitan yang berkualiti, ITBM turut menawarkan khidmat penerbitan dan suntingan buku dalam bahasa Melayu dan bahasa antarabangsa.

Penerbitan yang ditawarkan oleh ITBM terbahagi kepada dua bentuk:

  1.  Penerbitan buku terjemahan
  2.  Penerbitan buku karya asli

Penerbitan buku ITBM terdiri daripada pelbagai bidang antaranya buku Umum, Sastera, Agama, Pendidikan Rendah dan Tinggi, Malaysiana, Pengurusan, Sains Sosial, Seni, Kreatif, Sains dan Matematik serta banyak lagi.

Bidang penerbitan di ITBM tidak hanya tertumpu kepada penerbitan manuskrip karya asli dan terjemahan sahaja. Dalam menyebarluaskan industri penerbitan tempatan untuk menjadi sebuah industri yang berdaya maju, ITBM turut menawarkan khidmat konsultasi penerbitan dan suntingan, bermula dari reka bentuk dan reka letak, atur huruf, pruf, sehingga menjadi sebuah penerbitan yang diinginkan.

Antara karya atau buku yang mendapat sentuhan konsultasi penerbitan ITBM adalah “Dari Jendela Dunia” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam dan Garis Panduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penerbitan Buku Terjemahan

ITBM menerbitkan buku hasil karya penulis antarabangsa daripada pelbagai bahasa yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Selaras dengan misi mengantarabangsakan karya Malaysia, karya buku asal penulis tempatan turut diterjemahkan ke bahasa asing untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa dan juga untuk pasaran dalam negara.

Sila hubungi hanani@itbm.com.my bagi mencadangkan judul buku yang sesuai untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

Penerbitan Buku Karya Asli

ITBM membuka peluang kepada penulis tempatan untuk mengemukakan manuskrip yang ditulis bagi tugasan penerbitan. Manuskrip yang diterima akan dinilai dan diterbitkan untuk pasaran tempatan.

Sila kirimkan manuskrip lengkap ke buku@itbm.com.my bagi tujuan penilaian penerbitan.