Kursus & Latihan

Khidmat Kursus/Latihan

Jika anda berminat untuk menguasai kemahiran menterjemah dan kejurubahasaan serta mendalami bahasa asing, ITBM turut menyediakan khidmat kursus/latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana kondusif dan selesa serta menggunakan pelbagai teknik seperti latihan kerja individu/berkumpulan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Kepelbagaian metodologi ini bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.

Klik di sini untuk melihat jadual kursus/latihan anjuran ITBM.

Selain jadual kursus/latihan yang disediakan, ITBM juga sedia menganjurkan kursus/latihan atas permintaan dan keperluan anda – di Wisma ITBM atau di lokasi pilihan anda.

NOTA:

  1. Analisis prakursus akan dijalankan untuk menentukan tahap kemahiran yang sesuai bagi setiap peserta.
  2. Bengkel/kursus/latihan dikendalikan dalam bahasa Melayu (bergantung pada keadaan).

Antara kursus/latihan yang dikendalikan oleh ITBM:

  1. Kursus/latihan Penterjemahan Am
    Ditawarkan secara sepenuh masa (10 hari) atau sambilan (setiap Sabtu selama 10 minggu), latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan.
  2. Kursus/latihan Bahasa
    Kursus/latihan  ini ditawarkan mengikut permintaan anda. Bukan sekadar tentang bahasa, turut didedahkan aspek budaya masyarakat penuturnya.
  3. Kursus/latihan Lain
    Turut ditawarkan di ITBM adalah kursus penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan.

NOTA: Penilaian tahap pencapaian akan diserahkan kepada peserta setelah tamat program.

Pembayaran

  1. Bagi mengesahkan penyertaan, peserta perlu membayar pendaftaran sebanyak RM200.00. Bayaran ini hanya akan dikembalikan jika pembatalan dibuat selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh kursus/latihan.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai, cek, wang pos, draf bank atau deposit tunai. Jika bayaran dibuat melalui cek, wang pos atau draf bank, pembayaran hendaklah dibuat atas nama "Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad".  
  3. Pembayaran juga boleh dibuat atas nama Institut Terjemahan & Buku Malaysia melalui nombor akaun Maybank Berhad 512204217381. Bagi urus niaga yang dibuat melalui e-mel atau deposit tunai, pelanggan hendaklah menghantar salinan slip (yang diimbas/scan) melalui e-mel kepada Bahagian Latihan & Kejurubahasaan (e-mel: training@itbm.com.my) sebagai bukti pembayaran. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Latihan & Kejurubahasaan:

Talian am  +603 4145 1976
Faks          +603 4143 2964
E-mel   sales@itbm.com.my / surayahani@itbm.com.my