Suntingan

Khidmat Suntingan

Suntingan bagi memastikan semua teks diterjemahkan mengikut gaya bahasa yang tepat, di samping mengelakkan kesalahan lain walaupun nampak mudah, namun boleh menjejaskan imej serta penampilan syarikat. Tugasan penyuntingan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara cara terbaik untuk memastikan terjemahan yang dihasikan tepat dan berkualiti. Ini penting kerana anda meletakkan risiko reputasi profesional syarikat pada ketepatan sesebuah dokumen, khususnya yang diterjemahkan daripada bahasa lain.

Khidmat suntingan berkualiti tinggi yang disediakan oleh ITBM membolehkan anda menghela nafas lega kerana setiap tugasan akan disunting editor berpengalaman dan disemak pruf beberapa kali bagi memastikan setiap dokumen tiada sebarang kesilapan. Editor kami bertanggungjawab bagi memastikan kesempurnaan setiap dokumen yang diserahkan.

Pembayaran

ITBM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Jumlah perkataan.
  3. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal).
  4. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera.
  5. Sebarang keperluan lain.

Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit, cek, wang pos, draf bank, deposit tunai. Jika bayaran dibuat melalui cek, wang pos, draf bank, pembayaran hendaklah dibuat atas nama "Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad". 

Semua pembayaran boleh dibuat atas nama Institut Terjemahan & Buku Malaysia di nombor akaun Maybank Berhad 512204217381

Bagi urus niaga yang dibuat melalui e-mel, pelanggan hendaklah menghantar ("imbas/scan") melalui e-mel bukti pembayaran.

Semua urus niaga bagi perkhidmatan ini adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran & Jualan Khidmat:

Talian am  +603 4145 1851 / 1852 / 1853 / 1857 / 1860
Faks          +603 4143 2939
E-mel   sales@itbm.com.my / aznie@itbm.com.my