peraduankritikbukuITBM di FB & Blog

PERADUAN KRITIK BUKU ITBM DI FACEBOOK/BLOG SEMPENA PBAKL 2017!

Syarat penyertaan

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan ITBM.
  2. Peserta boleh mengirimkan seberapa banyak ulasan buku, tetapi setiap ulasan perlu asli dan bersumberkan buku terbitan ITBM yang berlainan.
  3. Hanya buku ITBM tahun 2012 sehingga tahun 2017 sahaja (terjemahan atau karya asli) yang layak untuk peraduan ini.
  4. Kritikan hendaklah 60% meliputi isi kandungan dan 40% meliputi fizikal buku (kulit buku,ilustrasi, saiz dan sebagainya).
  5. Setiap penyertaan akan mendapat senaskhah buku terbitan ITBM (diberikan secara rawak).
  6. Pihak penganjur berhak mencetak atau mempamerkan maklumat serta gambar penyertaan untuk sebarang tujuan pengiklanan dan promosi, atau mengumumkan nama pemenang dalam media cetak mahupun elektronik bagi tujuan yang berkaitan.
  7. Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang penyertaan atau rayuan bagi membatalkan keputusan tidak akan dilayan.

Langkah-langkah penyertaan

LANGKAH 1: PILIH BUKU TERBITAN ITBM YANG INGIN DIULAS (Terbitan Tahun 2012-2017 Sahaja)

 Buku ITBM boleh dibeli di:
o Reruai ITBM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017
o Kedai buku
o www.itbm.com.my
o WhatsApp 0192219015
o Jerayawara Skuad Buku ITBM
o Kedai Buku Bergerak ITBM

LANGKAH 2: TULIS KRITIKAN ANDA MENGENAI BUKU TERSEBUT

o 60% kandungan buku, 40% fizikal buku
o Tidak dihadkan panjang ulasan
o Tiada tema ditetapkan
o Boleh mengulas seberapa banyak buku ITBM dalam satu penyertaan
o Anda boleh menghantar penyertaan lebih daripada satu

LANGKAH 3: MUAT NAIK KRITIKAN ANDA DI FACEBOOK (PERIBADI) ATAU DI BLOG

LANGKAH 4: PAUTKAN ATAU POST ULASAN BUKU ANDA DI DINDING www.facebook.com/rakanITBM

Hadiah

  1. Hadiah Pertama: Buku ITBM sepanjang 2017 (lebih 240 buah buku ITBM bernilai RM10,000)
  2. Hadiah Kedua: Buku ITBM selama 6 bulan (Lebih 120 buah buku ITBM bernilai RM5,000)
  3. Hadiah Ketiga: Buku ITBM selama 3 bulan (Lebih 40 buah buku ITBM bernilai RM2,000)
  4. 7X Hadiah Sagu Hati: Baucar Buku ITBM bernilai RM200

Tarikh tutup penyertaan: 31 MEI 2017.