Penterjemahan Bahasa Melayu-Bahasa Arab (Segera)

Perlukan khidmat penterjemahan SEGERA?

Selaras dengan peningkatan produktiviti dan mutu perkhidmatan, ITBM menawarkan khidmat ini khusus untuk urusan penterjemahan dokumen (Sijil SPM, Sijil Lahir dan Kad Pengenalan) bagi tujuan pendidikan (tujuan belajar ke Timur Tengah SAHAJA) daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab.

Caranya, datang terus ke Wisma ITBM, dokumen anda SIAP PADA HARI YANG SAMA.

Jenis dokumen?
Daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab untuk dokumen berikut:
- Sijil SPM
- Sijil lahir
- Kad pengenalan

Jumlah dokumen bagi setiap pelanggan?
Setiap pelanggan dihadkan enam (6) halaman dokumen sehari.

Jangka masa siap penterjemahan?
Tempoh masa minimum satu jam 30 minit (1 ½ jam) diperuntukkan bagi setiap pelanggan.

Jenis pelanggan?
Individu (termasuk pelajar) serta wakil syarikat (ejen) bagi tujuan pendidikan (tujuan belajar ke Timur Tengah) SAHAJA.

Waktu proses penterjemahan?
Proses penterjemahan segera ini bermula pukul 9:00 pagi sehingga 3:00 petang sahaja pada hari Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum).
Selepas pukul 3:00 petang, segala permintaan penterjemahan dokumen akan disiapkan pada hari bekerja berikutnya.

Kadar harga penterjemahan?
Bayaran minimum RM50 dikenakan bagi setiap halaman dokumen (tidak termasuk GST 6%).

Nombor giliran?
Sila dapatkan nombor giliran dengan menekan butang "B" di Kaunter Khidmat Pelanggan ITBM.

Jauh dari Wisma ITBM?
Boleh imbas (scan) dokumen tersebut dan e-melkan ke sales@itbm.com.myBayaran penghantaran dokumen penterjemahan tertakluk pada caj Pos Laju.