HIMPUNAN PENULIS MALAYSIA

PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua penulis. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta. Ayuh daftar segera DI SINI.

TUJUAN

Himpunan Penulis Malaysia (HPM) yang diinisiatifkan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia untuk diadakan pada 16 November 2018 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Perbadanan Kota Buku (Kota Buku) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). HPM akan menghimpunan seluruh penulis Malaysia daripada pelbagai latar, usia, bidang penulisan dan persatuan bagi membincangkan hala tuju persuratan dan peradaban melalui penulisan.

LATAR BELAKANG

Di Malaysia, pelbagai program atau acara yang mempertemukan sesama sasterawan atau penulis sama ada melalui simposium, dialog, wacana, seminar, persidangan dan lain-lain telah banyak dianjurkan oleh persatuan penulis negeri serta nasional.

Kebanyakan program yang dianjurkan sering terbatas ruang lingkupnya kerana tidak dapat disuarakan hasrat dan cita-cita kelangsungan sastera serta kepustakaan terus kepada pihak kepimpinan negara. 

Justeru, HPM diadakan sebagai wadah pertemuan atau perhimpunan yang lebih terbuka dan berprestij dengan penglibatan terus oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. HPM merupakan ruang dan peluang terbaik kepada setiap sasterawan untuk turut serta tanpa mengira latar belakang dan persatuan yang dianggotai. 

Menerusi HPM, Menteri Pendidikan juga akan menjelaskan Dekad Bahasa Kebangsaan yang akan melakarkan pelan komprehensif untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pilihan utama di tanah air. Dalam masa yang sama, Menteri Pendidikan turut mengalu-alukan penglibatan semua penulis bersama-sama membantu menjayakan Dekad Membaca Nasional 2020-2030.  

MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program
Himpunan Penulis Malaysia

Tema
Persuratan dan Peradaban: Jalan ke Hadapan

Objektif

- Membuka peluang semua penulis untuk mencadangkan usaha membangunkan persuratan dan penulis Malaysia terus kepada Menteri Pendidikan Malaysia;
- Mempertemukan penulis pelbagai peringkat usia, kecenderungan dan gender dalam satu program;
- Membina rangkaian penulis dalam skala yang besar tanpa mengira persatuan atau latar;
- Membincangkan hala tuju pembinaan persuratan di Malaysia dan penglibatan penulis dalam Dekad Bahasa Kebangsaan serta Dekad Membaca Nasional 2020-2030.

PENGANJUR

Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Perbadanan Kota Buku (Kota Buku), dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

PENGGERAK

Penaung
- YB Dr. Maszlee Malik

Penasihat
- Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
- Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom

Pengerusi Bersama
- Encik Mohd Khair Ngadiron
- Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran
- Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

Jawatankuasa Induk
- Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar
- Dr. Mohamad Saleeh Rahamad
- Puan Hazelina Ghazaly
- Encik Sakri Abdullah

PENGISIAN

Pengisian program ini dibahagikan kepada segmen seperti senarai berikut:

- Perasmian
- Ucaptama
- Forum Sasterawan Negara dan GAPENA "Persuratan dan Peradaban: Jalan ke Hadapan"
- Forum "Tidak Perlu 'Penulis Wanita'"
- Forum "Sastera Malaysia: Pemikiran Baharu"
- Dialog awam persatuan penulis bersama dengan Menteri Pendidikan
- Malam deklamasi puisi bersama dengan Menteri Pendidikan

PROGRAM

16 NOVEMBER 2018 | JUMAAT | DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

- 9:00 pagi: Ucapan oleh Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

- 9:10 pagi: Ucaptama oleh Sasterawan Negara Dato' Baha Zain

- 10:10 pagi: Perasmian oleh Encik Mohamad Azhan Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

- 10:30 pagi: Kudapan

- 11:00 pagi: Forum Sasterawan Negara dan GAPENA "Persuratan dan Peradaban: Jalan ke Hadapan"
- Datuk Seri (Dr.) A. Samad Said
- Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh
- Datuk Dr. Anwar Ridhwan
- Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala)
- Datuk Dr. Zurinah Hassan
- Datuk Zainal Abidin Borhan (moderator)

- 12:30 t/hari: Rehat/merarau/sembahyang Jumaat

- 2:45 petang: Forum "Tidak Perlu 'Penulis Wanita'"
- Azmah Nordin
- Prof. Madya Dr. Mawar Shafei
- Raiha Bahaudin
- Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman
- Dr. Ariff Mohamad (moderator)

- 4:00 petang: Forum "Sastera Malaysia: Pemikiran Baharu"
- Gina Yap Lai Yoong
- Dr. Fahd Razy
- Jaya Ramba
- Sinaganaga Lan Benhussain
- Dr. Mohamad Saleeh Rahamad (moderator)

- 5:30 petang: Rehat/kudapan/sembahyang Asar

- 8:00 malam: Dialog awam persatuan penulis bersama dengan Menteri Pendidikan
- Sayed Munawar Sayed Mustar (moderator)

- 8:30 malam: Malam deklamasi puisi bersama dengan Menteri Pendidikan

- Ucapan Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, Timbalan Naib Canselor UKM
- Ucapan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

- Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom
- SN Datuk Seri (Dr.) A. Samad Said
- SN Datuk Dr. Anwar Ridhwan
- SN Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala)
- SN Datuk Dr. Zurinah Hassan
- Dr. Siti Zainon Ismail
- Dr. Lim Swee Tin
- Zaen Kasturi
- Dinsman
- Pyanhabib Rahman
- Yassin Salleh
- Dato' Aripin Said
- Shukri Abdullah
- Raihani Mohd. Saaid
- Aloy Paradoks
- Roslan Madun & Shafa'atussara Silahudin
- Sani Sudin
- Saidin Omar/Adinda Amiro
- ARTISUKMA UKM
- USIM Buskers

PAMERAN BUKU

  1. DBP
  2. ITBM
  3. Kota Buku
  4. PENA
  5. DuBook Press
  6. Emila Yusof
  7. Fixi                                  
  8. PENERBIT USIM
  9. Karangkraf 
  10. Lejen Press
  11. YADIM
  12. PENERBIT UMK
  13. Legasi Oakheart
  14. Thukul Cetak
  15. Ku Seman (buku nadir)
  16. Buku GMS Enterprise (buku nadir)
  17. Marjan Yaacob (buku nadir)
  18. PTS
  19. Malaysian Writers Movement (MyMove)
  20. Studio Anai Anai / Sindiket Sol-Jah
  21. Gerak Budaya
  22. Institut Darul Ehsan
  23. Pustaka Jiwa
  24. Penerbit UMP
  25. Penerbit UUM
  26. Penerbit KUIS
  27. MBC
  28. Jejak Tarbiah 
  29. Pustaka Yamien
  30. Kasi Terbit
  31. Galeri Melora
  32. KataPilar
  33. Iman Publication
  34. Penerbit UKM
  35. Pustaka Cahaya Kasturi
  36. Kadokawa Gempak Starz
  37. Aras Mega
  38. Akademi Jawi Malaysia
  39. Rihla Bookstore (buku nadir)
  40. Taman Pustaka
  41. Paksi
  42. Ramlee’s Collections
  43. kedaibudaya.com
  44. Pengkarya Guru
  45. Wong Lai Ching
  46. IPGM

PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta. Ayuh daftar segera DI SINI.