SIARAN MEDIA | BUDIMAN MOHD ZOHDI DILANTIK PENGERUSI JAWATANKUASA PELAKSANA PEMBAHARUAN DASAR BUKU NEGARA

SIARAN MEDIA | BUDIMAN MOHD ZOHDI DILANTIK PENGERUSI JAWATANKUASA PELAKSANA PEMBAHARUAN DASAR BUKU NEGARA

- - 11-07-2017

                                                                     

                                                                                                    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

                                                                                                                     SIARAN MEDIA

                                              BUDIMAN MOHD ZOHDI DILANTIK PENGERUSI JAWATANKUASA PELAKSANA PEMBAHARUAN DASAR BUKU NEGARA


11 JULAI 2017, PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid hari ini telah menerima Resolusi Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara yang diserahkan oleh Yang Berhormat Budiman Mohd Zohdi, Ahli Parlimen Sungai Besar merangkap Pengerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) di Putrajaya. Lanjutan daripada penerimaan resolusi tersebut, Dato’ Seri Mahdzir telah melantik Budiman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara.

Sesi penyerahan yang turut dihadiri Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif ITBM; Encik Abdul Wahab Ibrahim, Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM); Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB); Puan Fauzilahyatun Mustafa, mewakili Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta beberapa pegawai tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan pegawai-pegawai daripada agensi-agensi kerajaan lain.

Resolusi yang mempunyai lima halaman itu menggariskan lima matlamat utama yang memberi tumpuan kepada pembaharuan Dasar Buku Negara (DBN). DBN merupakan antara asas penting yang akan diusulkan dalam merealisasikan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Antara yang diutarakan ialah pembaharuan DBN bagi memastikan buku dalam bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan. Sesuai dengan keperluan dan cita-cita negara, DBN juga bermatlamat bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi, juga termasuk pendigitalan buku alaf baharu dan buku masa depan.

Terdahulu, cadangan memperbaharui DBN diutarakan oleh Budiman dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pada 14 Mac 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen. Kesinambungan daripada cadangan tersebut, satu Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara telah diadakan pada 25 April 2017, bertempat di Wisma ITBM yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Persidangan tersebut turut mendapat sokongan kehadiran 58 orang wakil daripada beberapa agensi berkaitan seperti Sasterawan Negara, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Perbadanan Kota Buku (PKB), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), MBIC, MABOPA, MBEIA, MBA, MAPIM, PPM, PEM, PKBM, IKIM, PEKOMIK, ITBM, penerbit universiti, penerbit swasta, serta kedai buku.

# # #


                                                                                                                   MINISTRY OF EDUCATION                                                                                                

                                                                                                                         MEDIA RELEASE

                                                        NATIONAL BOOK POLICY ROUND-TABLE CONFERENCE RESOLUTION PRESENTED TO MAHDZIR KHALID

11 JULY 2017, PUTRAJAYA – Yang Berhormat Budiman Mohd Zohdi, Sungai Besar Member of Parliament also the Chairman of the National Book Policy Round-table Conference, and the Chairman of the Malaysian Institute of Translation & Books (ITBM), presented the resolution of the National Book Policy Round-table Conference today in a closed door event in Putrajaya.

The presentation of the resolution to the Minister of Education, Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid, attended by Mr Mohd Khair Ngadiron, Managing Director/Chief Executive Officer of ITBM; Mr Abdul Wahab Ibrahim, Director of the Permanent Secretariat for the National Book Council of Malaysia (MBKM); Mr Sayed Munawar Sayed Mustar, Chief Executive Officer of Book City Corporation (PKB); and several higher ranking officials from the Ministry of Education (MOE), as well as officers from the government agencies.

The five-page resolution had outlined five main objectives that focus on the review of the National Book Policy (NBP). NBP is among the important elements that will be proposed in realising the 2050 National Transformation (TN50). The review of the National Book Policy ensures that books in Malay play an effective role as the medium to nurture and promote thinking, social and culture development. In line with the country’s needs and aspirations, NBP aims to ensure promotion of a deep interest in reading among Malaysians and the digitisation of books in the future.

The review of the NBP had been previously proposed by Budiman in the Motion of Thanks to the Royal Address Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, on 14 March 2017 at the Dewan Rakyat, Parliament. The National Book Policy Round-table Conference was then held on 25 April 2017 at Wisma ITBM chaired by Budiman himself. The conference received tremendous response from 58 participants including National Laureates and from related agencies such as MBKM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), PKB, National Library of Malaysia (PNM), MBIC, MABOPA, MBEIA, MBA, MAPIM, PPM, PEM, PKBM, IKIM, PEKOMIK, ITBM, university presses, private publishers as well as bookshops.