ITBM BERI BUKU GANTI DUIT RAYA

ITBM BERI BUKU GANTI DUIT RAYA

BERITA HARIAN - 22-07-2016

Budaya memberi duit raya sebagai pemberian ikhlas tanda meraikan Syawal amat dinantinantikan dalam masyarakat, terutama kanak-kanak.

Nilai pemberiannya berubah mengikut masa dan kemampuan pemberi, manakala duit raya selalunya dikaitkan dengan kempen bijak menyimpan, selain digunakan sebagai bonus untuk anak berbelanja.

Bagaimanapun, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) membawa persepsi baharu kemeriahan Syawal kali ini menerusi kempen pemberian buku sebagai ganti duit raya. Rasionalnya mudah, buku adalah dokumentasi ilmu dan sifatnya lebih abadi.

 

Didik anak membaca

Ketua Pegawai Eksekutifhya, Mohd Khair Ngadiron, berkata duit raya sudah dilihat sebagai sebahagian budaya tetapi tidak salah untuk diubah kepada pemberian buku sebagai didikan untuk anak membaca dan meningkatkan budaya ilmu.

"ITBM menyahut saranan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang mencadangkan pemberian duit raya diganti dengan buku atau gunakan duit raya untuk membeli buku," katanya kepada BH di sini, semalam.

Mohd Khair berkata, sebagai sokongan terhadap saranan baik itu, pihaknya yang terbabit dengan dunia penerbitan menawarkan harga terbaik dengan tawaran diskaun sehingga 70 peratus, manakala harga termurah yang ditawarkan ialah RM3 untuk senaskhah buku.

"Semua buku yang ditawarkan adalah buku baharu yang berkualiti dan ia bukan hanya karya asli, bahka  kami juga memberi diskaun kepada buku teijemahan," katanya.

 

Kempen beri buku

Kempen pemberian buku ganti duit raya itu berlangsung di Wisma ITBM, Wangsa Maju di sini, bermula 26 Julai hingga 6 Ogos ini, selain tawaran diskaun juga terpakai untuk pembelian dalam talian.

Untuk rekod, buku yang dijual pada harga RM3 adalah buku dengan harga asal RM15 ke bawah; RM5 (bawah RM25) dan RM10 (bawah RM35), manakala potongan 70 peratus diberikan kepada tajuk terpilih seperti Mek Mulong dan Mak Yong.