Wacana Novel Ikarus Karya S.M. Zakir

Wacana Novel Ikarus Karya S.M. Zakir


KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Wacana anjuran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Morne Art Gallery ini diadakan bagi mengupas dengan lebih terperinci dan khusus terhadap novel terkini tulisan S.M. Zakir berjudul Ikarus yang diterbitkan oleh ITBM dan Nusa Centre. Ikarus; novel yang ditulis menjadi novel futuristik, meramal masa depan sebuah institusi politik tanah air. Riak-riak politik dalam Ikarus bermula dengan gelombang anak-anak muda di Kuala Lumpur terutamanya yang terisi dalam forum-forum anti-establishment dan gerakan budaya di luar arus perdana. Ikarus turut diselitkan tentang cinta, magis, politik, ideologi dan kehidupan yang dihasilkan berdasarkan realiti dan luar realiti. Wacana ini menampilkan tiga panel, iaitu Zainal Rashid Ahmad, Wan Nor Azriq dan Hafizah Iszahanid serta dikendalikan oleh Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman selaku moderator sesi. Wacana ini juga merupakan satu antara pengisian acara sempena Festival Cooler Lumpur yang berlangsung bermula 1 hingga 7 Oktober 2018.