Siri Buku Sukan & Penandatanganan Penerbitan Antara ITBM-HCCM

Siri Buku Sukan & Penandatanganan Penerbitan Antara ITBM-HCCM


18 April 2017, sebanyak 70 judul buku berkaitan sukan terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dilancarkan pada majlis yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia sempena kunjungan julung kali beliau ke Wisma ITBM. Dalam majlis sama, turut diadakan majlis penandatanganan perjanjian kerjasama penerbitan antara ITBM dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM) yang melibatkan penterjemahan dan penerbitan 12 judul buku daripada penerbit negara China. 70 Siri Buku Sukan ini boleh didapati di kedai buku terpilih atau anda juga boleh dapatkan melalui talian 0192219015. Foto-foto sekitar majlis. #siribukusukan #bukuitbm