Majlis Pelancaran Penerbitan Buku ALEGORI: EKSPRESI SENI KONTEMPORARI BERASASKAN MANUSKRIP MELAYU

Majlis Pelancaran Penerbitan Buku ALEGORI: EKSPRESI SENI KONTEMPORARI BERASASKAN MANUSKRIP MELAYU


Sebuah penerbitan yang menghimpunkan manuskrip-manuskrip lama dan menceritakan tentang warisan kebudayaan Melayu telah dilancarkan. Buku yang berjudul ALEGORI: EKSPRESI SENI KONTEMPORARI BERASASKAN MANUSKRIP MELAYU ini merupakan usaha sama penerbitan antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Galeri PETRONAS telah dilancarkan di Galeri PETRONAS, Suria KLCC pada 17 Januari 2018 (Rabu) oleh YBhg.Tan Sri Sidek Hassan, Pengerusi PETRONAS. Turut hadir ke majlis tersebut Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh dan Encik Sakri Abdullah, Pengurus Besar ITBM.