Majlis Pelancaran Buku The Tale of Rafiee Ghani’s Moroccan Journey

Majlis Pelancaran Buku The Tale of Rafiee Ghani’s Moroccan Journey


PUTRAJAYA, 1 November – Kerjasama penerbitan kedua antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Visioncy telah menghasilkan sebuah buku berjudul The Tale of Rafiee Ghani’s Moroccan Journey yang dilancarkan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya  (mewakili Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan) dan Yang Berbahagia Puan Jamila El Moussali, Setiausaha Negara kepada Menteri Pelancongan, Pengangkutan Udara, Kraf, Ekonomi Sosial dan Kraftangan Kerajaan Maghribi dalam satu majlis di Astaka Morocco, Putrajaya. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Tuan Yang Terutama Mohamed Reda Benkhaldoun, Duta Besar Mahgribi ke Malaysia dan penerbit bersama buku tersebut, iaitu Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan ITBM serta Encik Patrice Vallette, Pengasas dan Kurator Vallette Gallery dan Visioncy.