Majlis Pelancaran Buku Kumpulan Cerpen Song of September karya Malim Ghozali PK

Majlis Pelancaran Buku Kumpulan Cerpen Song of September karya Malim Ghozali PK


Malim Ghozali Pk, penulis yang juga penerima anugerah S.E.A Write Award pada 2013 ini mengetengahkan kisah-kisah bersifat eksperimental dan nukilan pengalamnnya sebagai karyawan yang banyak mengembara. Karya yang telah merentasi tempoh tiga dekad antara tahun 1984 sehingga 2014 ini adalah hasil penerokaan penulis tentang segenap sudut kehidupan hasil pengalaman sendiri. Hasil karya yang begitu cenderung kepada jendela kemanusiaan sejagat ini berkisarkan tentang orang biasa, yang di pinggiran dan yang terasing seperti pelaut, tukang kasut kurang siuman sehinggalah kepada menteri, raja atau guru agama. Antara cerpen yang terhasil melalui pengalaman dan eksperimen ini adalah Aku di Sini, Sayang, Kamar X, Tika Hujan di Bogor dan pastinya Song of September. Bukan itu sahaja, penulis yang tidak betah berada di takuk kebiasaan ini membawa pembaca menjenguk ke dalam dunia neurosis seperti cerpen Pelaburan yang jarang sekali diterokai oleh penulis cerpen lain. Dalam erti kata lain, istimewanya kumpulan cerpen ini membuka jendela ke dalam kekuatan estetik alam fiksyen Malim. Buku terbitan ITBM ini, Kumpulan Cerpen: Song of September boleh didapati di Reruai ITBM sepanjang PBAKL 2017 berlangsung dengan harga RM25.00. Selain itu, buku ini juga boleh dibeli melalui laman web www.itbm.com.my atau Whatsapp: 019-221 9015.