Majlis Memperkenalkan Buku Gendang Perang PRU: Strategi Kukuhkan Parti

Majlis Memperkenalkan Buku Gendang Perang PRU: Strategi Kukuhkan Parti


BUKU TPM DIPERKENALKAN DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016

• PWTC KUALA LUMPUR, 29 November – YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri hari ini memperkenalkan buku Gendang Perang PRU: Strategi Kukuhkan Parti, terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Media Intelligence Strategy (MINSTRA) di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016. Turut hadir menyaksikan majlis YB Dato’ Sri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia; YB. Tuan Budiman Mohd Zohdi, Pengerusi ITBM; dan Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan ITBM.

• Buku setebal 101 muka surat berwarna tersebut tulisan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid memaparkan 10 bab yang memperincikan 10 masalah utama dalam UMNO yang perlu diselesaikan bagi memastikan pemimpin dan akar umbi saling bersatu serta bekerjasama demi memastikan kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

• Bagi memastikan setiap perkara tersebut dapat difahami dengan tuntas oleh semua ahli parti, YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid memperjelaskan kaedah gerak kerja yang perlu dilaksanakan menjelang persediaan PRU. Dengan adanya buku yang seperti manual gerak kerja ini, diharapkan dapat membangkitkan semangat juang UMNO.

• Buku tersebut mencerminkan kesungguhan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid menyatukan perpaduan ahli UMNO bagi menyokong serta membantu kerja keras kepemimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Presiden UMNO.

• Buku Gendang Perang PRU: Strategi Kukuhkan Parti dijual pada harga RM25.00 senaskhah yang boleh didapati di reruai ITBM sempena berlangsungnya PAU 2016. Pembelian dan maklumat lanjut mengenai buku ini boleh didapati menerusi laman web www.itbm.com.my atau melalui talian WhatsApp 0192219015.

# # # # #