Kunjungan Pengerusi baharu ITBM YB Tuan Budiman Mohd Zohdi

Kunjungan Pengerusi baharu ITBM YB Tuan Budiman Mohd Zohdi


Warga ITBM mengalu-alukan kunjungan pertama Pengerusi baharu ITBM, YB Tuan Budiman Mohd Zohdi ke Wisma ITBM hari ini. YB Tuan Budiman diberikan taklimat ringkas mengenai ITBM oleh Pengarah Urusan, Encik Mohd Khair Ngadiron dan turut dihadiri oleh ahli pengurusan yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian ITBM. YB Tuan Budiman kemudiannya dibawa melawat ke setiap Jabatan (di setiap aras Wisma ITBM) bagi menemui dan berkenalan dengan staf ITBM.