Forum Puisi dan Syair ASEAN

Sempena DiverseCity 2017: Kuala Lumpur International Arts Festival, segmen sastera berubah format baharu dengan menganjurkan Puisi & Syair ASEAN 2017 pada 29 dan 30 September 2017. Acara anjuran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Akademi Seni ND Lala akan menggabungkan puisi moden (sajak) dengan syair, iaitu puisi tradisional yang sangat terkenal di Nusantara dengan tema "Perjuangan Bangsa". Anjuran kali ketiga ini memperlihatkan kesejagatan dan merentas sempadan geopolitik mahupun batasan genre.

Acara yang menghimpunkan sasterawan dan seniman negara ASEAN tahun ini lebih menarik daripada sebelumnya kerana kedua-dua genre puisi dan syair akan dibincangkan dalam wacana akademik secara bersepadu dan diikuti persembahan yang membawakan tema acara.

MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN DI SINI

Acara berlangsung selama dua hari melibatkan dua program, iaitu Forum Puisi & Syair ASEAN 2017 dan Persembahan Puisi & Syair ASEAN seperti berikut:

HARI 1

Program I

29 September 2017 (Jumaat)
8:00 pagi – 5:00 petang
Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP

MASA

 ACARA

 8:00 pagi

 Pendaftaran

 8:30 pagi

 Ketibaan tetamu kehormat

 9:00 pagi

 Bacaan doa

 9:05 pagi

 Ucapan alu-aluan
 YBhg. Dr Mohamad Saleeh Rahamad
 President PENA/Pengurus Acara (Puisi)
 Puisi dan Syair ASEAN 2017 @ DiverseCity 2017 KLIAF

 
 Ucapan alu-aluan

 YBrs. En. Mohd Khair Ngadiron
 Kurator Sastera @DiverseCity 2017 KLIAF
 Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif
 Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

 

 Perasmian dan Pelancaran Buku Perjuangan Bangsa dalam Puisi
 Prof. Dato’ Seri Dr. Md Salleh Yaapar
 Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)/
 Ombudsman, Universiti Sains Malaysia (USM)

 10.00 pagi

 Rehat dan minum pagi

 10:30 pagi

 Sesi 1 (Puisi)

 

 Moderator: Saifullizan Yahaya
 Pemakalah:
 1. Dr Ariff Mohamad (Malaysia)
 2. Maman S Mahayana (Indonesia)
 3. Soukhee Norasilp @ D. Done Jae (Laos
 4. Mookie Katigbak Lacuesta (Filipina)

 12:15 t/ hari

 Makan tengah hari dan solat Jumaat

 3:00 petang

 Sesi 2 (Puisi)

 

 Moderator: Nazmi Yaakub
 Pemakalah:
 1. Aung Khin Myint (Myanmar)
 2. Noridah Kamari (Singapura)
 3. Dr. Haji Mohd Ali Radin @ H. Mar (Brunei)
 4. Nguyen Phan Que Mai (Vietnam)

 5:00 petang

 Bersurai dan minum petang


Program 2

PERSEMBAHAN PUISI MALAM AKRAB ASEAN

29 September 2017 (Jumaat)
8:30 – 11:00 malam
Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa

HARI 2

Program 1

30 September 2017 (Sabtu)
8.00 pagi – 5.00 petang
Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP

 MASA

 ACARA

 8:00 pagi

 Ketibaan Peserta dan Pemakalah

 8:30 pagi

 Sesi 1 (Syair)

 

 Moderator: Mohd Fauzi Abdullah
 Pemakalah:
 1. Idawati, M. A. (Indonesia)
 2. Shafa'atussara Silahudin @ Syafa (Malaysia)
 3. Syahidatul Munirah Badrul Munir (Malaysia)

 10:15 pagi

 Rehat dan kudapan

 11:00 pagi

 Moderator: Dr. Mohamad Saleeh Rahamad
 Ucaptama 1: Dr. Siti Zainon Ismail (Malaysia)

 Ucaptama 2: Rusli Marzuki Saria (Indonesia)

 1:00 petang

 Makan tengah hari dan solat

 2:15 petang

 Sesi 2 (Puisi)

 

 Moderator: Sakri Abdullah
 Pembentang:
 1. Zaen Kasturi (Malaysia)
 2. Assoc. Prof. Phaitoon Thanya (Thailand)
 3. Ulfatin CH (Indonesia)
 4. Chheangly Yeng (Kemboja)

 5:00 petang

 Bersurai


Program 2

30 September 2017 (Sabtu)
8:30 – 11:00 malam
Auditorium DBP

Deklamator ASEAN

  • MALAYSIA: Khalid Salleh, Fairul Pujangga, Siti Zainon Ismail
  • INDONESIA: Rusli Marzuki Saria, Ulfatin CH
  • BRUNEI: H.Mar
  • SINGAPURA: Noor Hasnah Adam
  • KEMBOJA: Chheangly Yeng
  • LAOS: D. Done Jae
  • MYANMAR: Aung Khin Myint
  • THAILAND: Phaitoon Thanya
  • VIETNAM: Nguyen Phan Que Mai

Pendendang Syair ASEAN

  • MALAYSIA: Shafa’atussara Silahudin @ Syafa, Rusmawani Ishak
  • INDONESIA: Idawati, M.A., Nelly Alie, Juspebgo Setiawan
  • SINGAPURA: Afi Hanafi

Artis Undangan

  • Mardiana Alwi
  • Zaidi Omar