Maklumat Buku
10%

DI SINI KAMI BERMULA (CERPEN-CERPEN KARYA MURID)


ISBN : 9789674606732
Penulis : Penyelenggara: Enche Abdullah, Zalila Isa
Penterjemah :
Tahun Terbitan : 2018
Harga : RM 35.00
 

KARYA ASLI SASTERA
Cerpen Kanak-Kanak Cerpen Remaja
 
 
 

Program Penulis Inspirasi Za'ba: Pena Celik, Pena Cilik ialah program kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyahut seruan melahirkan sejuta Pendeta Za'ba moden.

Karya-karya dalam buku ini diinspirasikan daripada ketokohan Pendeta Za'ba. Usaha ini merupakan satu inovasi untuk menginterpretasikan kecendekiawan tokoh dari Negeri Sembilan itu dalam bentuk karya kreatif dan nonokreatif.

Program Penulis Inspirasi Za'ba: Pena Celik, Pena Cilik telah menghasilkan tiga buah buku - Di Sini Kami Bermula, Hadiah Paling Manis, dan Kalam Dijulang, Maruah Disangga.

Di Sini Kami Bermula ialah himpunan 32 buah cerpen yang dihasilkan oleh 29 orang murid terpilih. Cerpen-cerpen yang dihasilkan mengangkat pelbagai isu semasa secara kritis dan berani, sama seperti yang dilakukan oleh Pendeta Za'ba. Pelbagai isu disinggung mereka - agama, bahasa, ekonomi, budaya, pendidikan, akhlak dan lain-lain - ditulis dari perspektif guru dan murid. Pandangan dan pemikiran mereka yang kritis dan kreatif itu menampakkan kepekaan dan keprihatinan mereka terhadap isu-isu semasa, dan semua ini wajar diselami dan dihadamkan.