Maklumat Buku

E-PEMBELAJARAN: PERSEKITARAN PEMBELAJARAN TERBUKA ( E-LEARNING: OPEN LEARNING ENVIRONMENT)


ISBN : 9789674605537
Penulis : Badrul Huda Khan
Penterjemah : Rozinah Jamaludin
Tahun Terbitan : 2017
Harga : RM 45.00
 

Siri Pendidikan
Umum
 
 
 

Buku ini diterjemah dan disunting mengikut konteks dan laras budaya pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di institut pengajian tinggi di Malaysia. Judul buku ini, E-Pembelajaran: Persekitaran Pembelajaran Terbuka amat sesuai pada abad ke-21 ini dengan kemunculan pengajian dalam talian di samping kursus dalam talian secara terbuka dan meluas atau lebih dikenal sebagai MOOCS. Senarai semak yang terkandung dalam buku ini telah diperincikan mengikut reka bentuk, pembangunan, penilaian dan pelaksanaan dikemukakan dalam bentuk soalan secara terperinci mengikut konteks di Malaysia. Item dalam senarai semak ini terdiri daripada lapan dimensi persekitaran pembelajaran yang dirujuk sebagai "kerangka e-pembelajaran" dalam bentuk oktagon, iaitu pedagogi, teknologi, institusi, reka bentuk antara muka, sokongan sumber, pengurusan, penilaian dan etika. Setiap dimensi dikupas secara mendalam tentang isu-isu kritikal dan sumber e-pembelajaran. Oleh itu, buku ini amat sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin memulakan atau melaksanakan e-pembelajaran secara berkesan dan dapat memahami aspek reka bentuk secara bermakna mengikut konteks negara masing-masing.