Maklumat Buku
10%

SENI MENGAJAR: IDEA HEBAT, PERATURAN MUDAH


ISBN : 9789674601997
Penulis : Alan Haigh
Penterjemah : Siti Anidah Mahadi, Jamalludin Ismail
Tahun Terbitan : 2016
Harga : RM 30.00
 

SIRI RUJUKAN PERGURUAN (UMUM)
Pendidikan
 
 
 

Adakah anda mencari buku panduan yang praktikal dan mutakhir bagi membantu anda berjaya sebagai seorang guru yang berkeyakinan? Pernahkah anda berasa terlalu sarat dan terkeliru dengan teori dan maklumat sehinggakan anda kehilangan gambaran yang lebih luas tentang apa yang sebenarnya penting? Adakah anda kadangkala berhasrat mempunyai kebijaksanaan dan kepakaran daripada mentor peribadi anda yang berada di hujung jari anda? Ya? Maka, inilah buku yang perlu anda baca. Ini bukanlah mana-mana buku lain dalam senarai semak atau petua untuk guru. Seni Mengajar ialah satu panduan muktamad yang mudah supaya anda tidak bersusah payah menguasai inti pati amalan pengajaran yang baik. Padat, mudah, tetapi menggalakkan dan memberikan inspirasi, buku Alan Haigh ini mengasah idea “besar” yang penting di sebalik seni mengajar, di samping meringkaskannya menjadi peraturan yang jelas langkah demi langkah yang anda boleh terus amalkan. Idea yang mudah, tetapi kandungannya hebat.