Maklumat Buku
10%

TUAN GURU HAJI MOHD YASSIN (TULISAN JAWI)


ISBN : 9789830689012
Penulis : Abd Latif Juffri @ Al - Jufri, Amad Bahri Mardi
Penterjemah : -
Tahun Terbitan : 2012
Harga : RM 30.00
 

UMUM
Memoir/autobiografi/biografi
 
 
 

Tuan Guru Haji Mohd Yassin merupakan tokoh ulama, pemikir, pendidik, ahli sufi, pendakwah dan bapa mithali yang telah menyumbang banyak jasa terutamanya dalam bidang ilmu dan agama khususnya di Johor pada era merdeka. Beliau antaranya telah mendirikan dua buah institusi  pendidikan, iaitu Madrasah As-Saadiah (aliran agama) dan Sekolah Menengah Mohd Yassin (aliran akademik) di daerah Muar bagi membantu mengatasi masalah keciciran akademik di kalangan pelajar bumiputera. Turut dimuatkan dalam perjuangannya, beliau juga berdakwah dengan mengembangkan pendidikan Islam selain mempersiapkan masyarakat dengan amalan rohani bagi menghadapi zaman yang penuh cabaran. Ketokohan beliau merupakan sumber inspirasi kepada anakanda beliau iaitu Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Buku ini merupakan karya tentang riwayat hidup seorang tokoh yang diangkat sebagai ilmuwan Islam cemerlang. Penerbitan buku ini antara lain bertujuan memberikan paradigma baharu bahawa biografi bukan hanya layak diterbitkan buat tokoh tersohor atau ternama sahaja, malah membuktikan bahawa masih ramai wira di kalangan masyarakat yang perlu diketengahkan. Biografi secara ilmiah ini menghimpunkan segala maklumat berkaitan perjuangan, sumbangan, aspirasi dan pemikiran Tuan Guru Haji Mohd Yassin yang dapat dijadikan panduan masyarakat dan generasi akan datang. Ia diterbitkan sebagai satu penghormatan kepada kisah kehidupan dan perjuangan seorang ilmuwan yang banyak menyumbang jasa, terutamanya dalam penyebaran ilmu bagi membina minda masyarakat daripada dibelenggu kejahilan.